Wednesday, August 18, 2010

Puding Jagung Berkuah


Dah lama tak buat dessert kan.... Sebenarnya teringin nak buat setiap hari, tapi kadang kala bila dah sampai rumah, rasa letih dan malas semacam pulak. Bayangkanlah kalau dah terperangkap dalam jem, sampai rumah rasa seperti nak baring atas sofa je. Tapi semalam, keinginan mengatasi rasa letih dan malas. Lagipun dessert ni takdelah susah sangat pun. Mesti ada yang terfikir, sempat ke puding tu keras bila sampai waktu berbuka?

Saya dan suami akan berbuka dengan makanan yang ringan dulu, kami tidak terus makan nasi semasa berbuka. Jadi masih ada masa untuk puding tu keras sebelum selamat masuk perut. Lagi satu petua, sebelum kita buat puding, sejukkan dulu ramekin atau mould yang hendak kita gunakan. So bila kita masukkan puding, ia akan lebih cepat mengeras berbanding kalau kita gunakan mould pada suhu bilik. Then, kita masukkan dalam peti sejuk.

4 comments :

alynna said...

Salam Kak Zila,
Baru jer kenal blog akak ni.Dahsyat akak pandai masak giler.....smpi liur2 kat opis ni.Suka tengok koleksi pinggan putih akak smpi saya pun terjebak membeli.Nak tanya ..ramekins tu mostly akak guna tuk buat apa? Puding saja? sebab tantek la tengok kat kedai semalam.....rasa nk beli gak tapi dia ada a few sizes kan.

hazila said...

alynna,
hehehehe..takdelah pandai masak pun,bolehlah layan tekak sendiri. Normally ramekins tu guna untuk buat puddings and souffle je. Tapi akak guna buat isi sambal belacan atau sos.

Deliah's Deli said...

salam zila...thanks 4d tips :)

Ms Amalina said...

hye akak..
first time saya jmpa blog mcm ni..
best sgt.. akak pandai masak:))
saya nk mintk resipi puding ni.. nak buat kat umah.. boleh x?